SHAH ALAM: Tindakan ahli perniagaan merasuah seorang pegawai Jabatan Alam Sekitar (JAS) untuk mengelak daripada dikenakan tindakan mengundang padah apabila dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini. Bagaimanapun, tertuduh Tan Kim Seng, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memberi suapan wang tunai RM2,000 yang dibacakan ke atasnya. Mengikut pertuduhan, dia didakwa memberi suapan kepada seorang Pegawai Kawalan Kanan Alam Sekitar di JAS Putrajaya sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan undang-undang…










