KUALA LUMPUR: Seorang pelajar universiti swasta mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas memandu kereta bawah pengaruh alkohol sehingga merempuh palang keselamatan di Pintu 2, Istana Negara, awal pagi tadi. Tertuduh, M. Kajen, 22, membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Khairunnisak Hassni. Mengikut pertuduhan, tertuduh yang masih bujang memandu kereta jenis Toyota Vios dengan kandungan alkohol dalam badan ialah 166 milligram (mg) per…










