SHAH ALAM: Seorang pegawai imigresen yang sebelum ini bertugas di Pejabat Imigresen Terminal 1, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) atas 46 pertuduhan rasuah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini. Tertuduh, Mohamad Fazli Abdul Rahim, bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas semua pertuduhan yang dibacakan di dua mahkamah berasingan. Mengikut pertuduhan, di hadapan Hakim Awang Kerisnada Awang Mahmud, dia dituduh menerima suapan RM10,400 secara berperingkat antara RM1,200 hingga RM3,600 daripada…










