SHAH ALAM: Permohonan mendapatkan laporan bedah siasat pertama dan nota keterangan perubatan daripada Hospital Kota Tinggi (HKT) terhadap kematian Allahyarham Syamsul Haris Samsudin dibantah oleh responden di Mahkamah Tinggi, di sini, hari ini. Timbalan Pendakwa Raya, Raja Zaizul Faridah Raja Zaharudin yang mewakili responden berkata, pihaknya membantah permohonan oleh ibu kepada pegawai kadet Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes) Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Ummu Haiman Bee Daulatgun dan memohon tempoh seminggu…










