SHAH ALAM: Bekas Setiausaha Politik Kanan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre Mohd Akin mengekalkan pengakuan tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan menerima suapan berjumlah RM69,924.
Pengakuan sama turut dinyatakan oleh Ahli perniagaan, Tei Jiann Cheng atau lebih dikenali sebagai Albert Tei yang didakwa menyogok Shamsul Iskandar @ Yusre, 51.
Kedua-duanya membuat pengakuan demikian selepas kertas pertuduhan dibacakan ke atasnya secara berasingan di hadapan Hakim Datuk Mohd. Nasir Nordin. – UTUSAN










