MELAKA: Seorang pekerja kilang didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun, Julai lalu. Tertuduh, Muhammad Farid Isham, 34, mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Raja Noor Adilla Raja Mahyaldin. Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun dengan cara menyentuh kemaluan mangsa. Perbuatan itu didakwa dilakukan ketika…










