Pekerja kilang tidak mengaku sembunyikan RM190,000

Pekerja kilang tidak mengaku sembunyikan RM190,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Seorang pekerja kilang mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menyembunyikan wang hasil penipuan berjumlah RM190,000.

Tertuduh, Koay Boon Huat, 30, membuat pengakuan tersebut di hadapan Hakim Azrul Darus selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa membenarkan akaun CIMB miliknya digunakan untuk menyembunyikan wang milik seorang pesara, Chan Mun Ying, 80, berjumlah RM190,000.

Boon Huat didakwa mengetahui wang tersebut bukan miliknya namun tetap membenarkan akaun bank itu digunakan pihak lain bagi tujuan penipuan di antara 5 dan 17 September lalu di Sri Hartamas, di sini.

Pertuduhan dikemukakan di bawah Seksyen 424 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-dua sekali, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mohd. Zulhilmi Latif manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Pihak pendakwaan mencadangkan jaminan sebanyak RM20,000 dengan seorang penjamin, namun Boon Huat merayu agar jumlah tersebut dikurangkan.

Mahkamah menetapkan jaminan RM12,000 dengan seorang penjamin dan kes ditetapkan untuk sebutan semula pada 25 Februari depan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN