SHAH ALAM: Ibu kepada Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin akan memfailkan rayuan penangguhan hukuman penjara sekali lagi dalam tempoh tiga hari selepas keputusan Mahkamah Tinggi, hari ini. Rayuan oleh Ismanira Abdul Manaf akan difailkan bagi membenarkan penangguhan hukuman itu sementara rayuan terhadap sabitan bersalahnya didengar dan diputuskan di Mahkamah Tinggi. Suaminya, Zaim Ikhwan Zahari berkata, pihak keluarga akan menggunakan sepenuhnya tempoh rayuan yang masih terbuka. “Saya akan membuat rayuan semula…










