SEREMBAN: Seorang eksekutif bank didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan menerima rasuah RM4,000 membabitkan pembiayaan permohonan pinjaman peribadi melebihi had kelayakan pada 2023. Tertuduh, Ahmad Muqriz Ridzuan, 29, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas dua pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Mohamad Kamil Nizam. Mengikut dua pertuduhan, tertuduh sebagai eksekutif pembiayaan pengguna sebuah bank di Gombak telah secara rasuah menerima wang berjumlah masing-masing RM2,000 bagi…