KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini, hari ini menggunakan budi bicaranya untuk menerima masuk kehadiran aktivis, Rafidah Ibrahim dalam kes saman fitnah yang difailkan terhadapnya oleh bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad. Keputusan itu dibuat mengikut Aturan 12 Kaedah 5, Kaedah-kaedah Mahkamah 2012. Peguam mewakili Khalid, Zulhazmi Shariff berkata, defendan (Rafidah) telah memasukkan kehadiran melalui Tetuan Zharif Nizamuddin. Bagaimanapun, Zulhazmi berkata, pihak plaintif membantah kerana tindakan itu dibuat selepas…