Tiga warga China pecah rumah dijel 28 bulan

Tiga warga China pecah rumah dijel 28 bulan

TERTUDUH (dua dari kanan) dibawa masuk ke mahkamah bagi berdepan tuduhan kes pecah rumah pada 18 Julai lalu di Kompleks Mahkamah Kangar, Perlis hari ini. - UTUSAN/ASYRAF MUHAMMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Tiga warga China dihukum penjara 28 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas pertuduhan pecah rumah pada 18 Julai lalu.

Tertuduh, Yin Guanghua, 50, Lin Bingde, 54, dan Luo Zhibing, 38, membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Ana Rozana Mohd Nor.

Mengikut pertuduhan, ketiga-tiga tertuduh didapati melakukan kesalahan pecah masuk ke rumah Ch’ng Eng Lee, 62, dengan maksud untuk mencuri di sebuah rumah di Taman Bukit Kubu Fasa Dua, Kuala Perlis, pada 18 Julai lalu sekitar pukul 10.13 malam. 

Tertuduh didapati melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga lima tahun dan didenda jika kesalahan itu adalah mencuri, dipenjarakan selama 14 tahun dan didenda bagi tiap-tiap kesalahan kali kedua.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Natasha Azmi memohon mahkamah mengenakan hukuman penjara kepada tertuduh memandangkan mereka merupakan warga asing yang masuk ke negara ini dan melakukan kesalahan dengan menceroboh rumah bagi niat mencuri. 

Mahkamah kemudian menetapkan ketiga-tiga tertuduh yang tidak diwakili peguam dihukum penjara 28 bulan bermula dari tarikh tangkapan. 

Media sebelum ini melaporkan mengenai penahanan tiga lelaki warga China yang disyaki terbabit kes pecah rumah di Kuala Perlis, di sini, pada 18 Julai lalu.

Suspek berusia 38 hingga 54 tahun itu dicekup orang ramai sekitar pukul 10.10 malam selepas mengesyaki kumpulan itu pernah terbabit kes kecurian di sebuah rumah di Taman Bukit Kubu Fasa 2, Kuala Perlis.

Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten Komisioner Yusharifuddin Mohd Yusop berkata, siasatan awal mendapati suspek telah melarikan barang kemas bernilai RM1,200, wang tunai kira-kira RM2,500 dalam peti besi dan wang tunai RM357 dalam laci almari. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN