SEREMBAN: Seorang kelindan lori mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan memandu dengan kandungan alkohol berlebihan dalam badan sehingga menyebabkan kematian seorang anggota polis di Jalan Temiang pada 18 Ogos lalu. Tertuduh, K.Kelvin Raj, 27, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nurul Farha Sulaiman. Mengikut pertuduhan, tertuduh sebagai pemandu kereta Perodua Bezza telah memandu dengan kandungan alkohol yang banyak dalam badan melebihi…