SHAH ALAM: Ustaz tular yang didakwa mengajar agama Islam tanpa tauliah di negeri ini didenda RM2,800 selepas mengaku salah melakukan perbuatan itu di Mahkamah Rendah Syariah Selangor, hari ini. Tertuduh, Faridul Firdaus Zaulkapli membuat pengakuan demikian selepas mendengar pertuduhannya dibacakan. Selain itu, dia turut dikenakan penalti sebanyak RM1,500 kerana gagal hadir pada prosiding yang sepatutnya berjalan pada 21 Mei lalu. Mengikut pertuduhan, Faridul Firdaus, 39, didakwa mengajar perkara tentang agama…