Nahas penuntut UPSI: Pemandu bas tiba di mahkamah untuk pendakwaan

Nahas penuntut UPSI: Pemandu bas tiba di mahkamah untuk pendakwaan

PEMANDU bas terlibat nahas pelajar UPSI dibawa ke di Mahkamah Gerik, Perak untuk pendakwaan. - UTUSAN/MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GERIK: Pemandu bas persiaran yang terlibat dalam kemalangan mengorbankan 15 penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di sini Isnin lalu, tiba di Mahkamah Gerik hari ini untuk pendakwaan.

Suspek berusia 39 tahun yang memakai baju T dan seluar jeans berwarna biru tiba di pekarangan mahkamah pada pukul 3.12 petang.

Lelaki terbabit dibawa ke mahkamah dalam keadaan sebelah tangan bergari dengan diiringi pegawai dan anggota polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gerik.

Difahamkan, suspek akan menghadapi pertuduhan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Dalam kejadian pada pukul 12.45 tengah malam di Kilometer 53, Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Gerik-Jeli berhampiran Tasik Banding, sebuah bas persiaran membawa 42 penuntut UPSI dikatakan hilang kawalan sebelum melanggar sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) dinaiki empat sekeluarga. 

Kemalangan itu menyebabkan 15 pelajar UPSI terdiri daripada lima lelaki dan 10 perempuan maut manakala pemandu dan penumpang MPV cedera.

Kejadian berlaku ketika bas persiaran yang disewa khas itu dalam perjalanan dari Jerteh, Terengganu ke kampus UPSI di Tanjung Malim, Perak. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN