Kerajaan akui berdepan masalah kekurangan pemandu bas, lori

Kerajaan akui berdepan masalah kekurangan pemandu bas, lori

ANTHONY LOKE SIEW FOOK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Negara sedang berdepan masalah kekurangan pemandu bas dan lori, sekali gus memberi kesan kepada keperluan operasi sektor pengangkutan awam dan logistik.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, kekurangan tenaga kerja itu berlaku walaupun pelbagai usaha telah dilakukan bagi menarik minat orang ramai, termasuk menawarkan latihan memandu dan lesen Kelas E secara percuma.

“Kita menghadapi satu masalah praktikal dalam pasaran. Bahawa pemandu bas dan pemandu lori ini agak berkurangan kerana bukan ramai yang berminat, malah kita telah mengadakan pelbagai kampen sekarang ini, termasuk memberikan latihan percuma.

“Profesion pemandu ini bukan satu pekerjaan yang mudah, mengambil masa yang panjang, gaji yang tak berapa. Jadi kita nak cuba menaikkan taraf dan martabat ini. Kita harapkan bahawa masyarakat juga faham,” katanya di Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan RSN Rayer (PH-Jelutong) adakah kementerian ingin menetapkan dua pemandu dalam setiap pengangkutan bagi tujuan keselamatan dan mengurangkan risiko keletihan.

Anthony berkata, kementerian giat melaksanakan kempen kesedaran, peningkatan ganjaran serta usaha menaikkan martabat profesion pemandu agar lebih dihormati masyarakat.

“Kita harap masyarakat memahami cabaran ini dan menyokong usaha kerajaan untuk melahirkan lebih ramai pemandu kompeten dan profesional,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN