Ahli perniagaan bersama dua ADUN Sabah didakwa rasuah

Ahli perniagaan bersama dua ADUN Sabah didakwa rasuah

bomba
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ahli perniagaan, Datuk Tei Jiann Cheing didakwa di Mahkamah Sesyen, Kota Kinabalu, Sabah dengan dua pertuduhan memberi rasuah melibatkan nilai RM350,000 berhubung permohonan lesen cari gali mineral di Sabah.

Turut didakwa dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah, Datuk Andi Muhammad Suryady Bandy (Tanjung Batu) dan Datuk Yusof Yacob (Sindumin) atas pertuduhan menerima rasuah itu.

Ketiga-tiga mereka mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Jason Juga.

Kesemua mereka didakwa mengikut Seksyen 16 (b) (A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 iaitu memberikan wang rasuah dan Seksyen 16 (a) (A) Akta SPRM 2009 kerana menerima wang rasuah.

Sebelum ini, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki mengesahkan penahanan seorang ADUN dan seorang ahli perniagaan kerana disyaki meminta dan menerima suapan kira-kira RM200,000 membabitkan isu pengeluaran lesen cari gali di Sabah.

Pada 23 Jun lalu, Azam mengesahkan penahanan seorang lagi ADUN kerana disyaki meminta dan menerima rasuah berjumlah kira-kira RM150,000 atas skandal sama. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN