MELAKA: Mahkamah Majistret di sini, hari ini mendenda seorang anggota tentera selepas tertuduh mengaku bersalah memandu kereta dalam keadaan mabuk. Tertuduh, Francis Devi Anak Jenen, 31, didenda RM2,200 serta hilang kelayakan memegang atau mendapatkan lesen memandu selama tempoh tidak kurang dua tahun. Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh sebagai pemandu sebuah kereta tetapi tidak layak memandu kerana berada di bawah pengaruh minuman yang memabukkan kira-kira pukul 4.40 pagi di Jalan Limbongan dalam…