MELAKA: Padah memasang kamera litar tertutup (CCTV) dalam tandas untuk mengganggu kesantunan rakan sekerja wanita, seorang akauntan didenda RM4,500 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini. Majistret Sharda Shienha Mohd. Suleiman membuat ketetapan itu selepas menerima pengakuan bersalah tertuduh, Chong Soon Hoe, 25, sejurus pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah. Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh didapati telah mengaibkan kehormatan seorang wanita berusia 28 tahun dengan cara memasang CCTV dalam plastik tisu di tandas…