Tukang masak dipenjara empat bulan, gara-gara ugut skandal

Tukang masak dipenjara empat bulan, gara-gara ugut skandal

TERTUDUH mengaku bersalah di Mahkamah Majistret, Ayer Keroh, Melaka atas pertuduhan mengugut untuk mencederakan teman wanitanya. - UTUSAN/MUHAMMAD SHAHIZAM TAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Tindakan seorang lelaki mengugut untuk mencederakan teman wanitanya berbalas selepas Mahkamah Majistret di sini, hari ini menjatuhkan hukuman penjara empat bulan terhadapnya.

Majistret Sharda Shienha Mohd. Suleiman membuat ketetapan itu selepas menerima pengakuan bersalah tertuduh, Na Chun Kian, 41, sejurus pertuduhan dibacakan dalam bahasa Mandarin oleh jurubahasa mahkamah.

Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh yang bekerja sebagai tukang masak didapati menakutkan secara jenayah terhadap seorang wanita berusia 39 tahun kerana enggan memberinya wang.

Kesalahan itu dilakukan antara pukul 9 malam hingga 11 malam di sebuah rumah bernombor, Taman Bachang Baru dalam daerah Melaka Tengah pada 27 Februari 2024.

Sabit kesalahan, tertuduh boleh dipenjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

Mengikut fakta kes, mangsa yang sudah berkahwin dan merupakan ibu kepada tiga cahaya mata telah diugut tertuduh yang juga teman lelakinya supaya diberikan wang.

Sekiranya permintaan tersebut tidak dipenuhi, tertuduh akan mengapa-apakan mangsa termasuk ahli keluarganya yang berada di rumah.

Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara empat bulan bermula dari tarikh ditangkap pada 28 Februari lalu.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Farah Nabihah Sofian manakala tertuduh tidak diwakili peguam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×