MELAKA: Salah seorang ahli sindiket yang dipercayai menjadikan Pantai Klebang di sini sebagai transit pengedaran dan penyeludupan dadah antarabangsa sebagai jalan keluar ke Dumai, Indonesia dihadapkan ke Mahkamah Majistret, hari ini. Tertuduh, Phua Cheong Ong, 49, didakwa dengan tiga pertuduhan mengedar dadah seberat 83.4 kilogram (kg) yang ditemui dalam dua buah kereta. Selepas kesemua pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Nabilah Nizam, tertuduh hanya mengangguk faham dan tiada sebarang…