Peniaga Kemboja direman tujuh hari, disyaki rogol anak saudara

Peniaga Kemboja direman tujuh hari, disyaki rogol anak saudara

SUSPEK direman tujuh hari selepas dipercayai merogol anak saudara perempuannya di sebuah kedai pakaian milik keluarga di Merlimau, Jasin, Melaka. - UTUSAN/SYAFEEQ AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JASIN: Polis menahan seorang peniaga pakaian warga Kemboja yang disyaki merogol anak saudara perempuannya berusia 13 tahun di sebuah kedai pakaian milik keluarga di Merlimau di sini, semalam.

Suspek berumur 27 tahun itu direman tujuh hari sehingga 7 Februari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan atas kesalahan merogol.

Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintenden Ahmad Jamil Radzi berkata, Bahagian Siasatan Seksual Wanita dan Kanak-kanak (D11) dan Bahagian Jenayah Berat (D9) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka menahan lelaki itu di rumahnya di Bukit Katil, kira-kira pukul 12.30 tengah malam tadi.

“Kejadian dilaporkan berlaku kira-kira pukul 3.30 petang semalam apabila suspek dikatakan telah memanggil mangsa untuk ke bahagian belakang kedai.

“Suspek telahpun berkahwin dan kejadian berlaku ketika isteri serta ibunya keluar menghantar pakaian kepada peniaga pasar malam di kawasan berhampiran.

“Suspek didakwa telah meraba mangsa sebelum merogolnya dan memberi amaran supaya tidak menceritakan kejadian itu kepada sesiapa,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Tambah Ahmad Jamil, mangsa kemudian menghubungi salah seorang ibu saudaranya bagi menceritakan perihal itu.

Tambahnya, remaja itu merupakan anak kedua daripada empat beradik dan tinggal bersama keluarganya di Paya Dalam, Ayer Molek namun kerap ke premis tersebut untuk berehat selepas pulang dari sekolah.

“Siasatan di premis berkenaan mendapati kejadian berlaku di bilik belakang kedai dan lokasi tersebut tidak mempunyai rakaman kamera litar tertutup (CCTV).

“Sabit kesalahan suspek boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan 10 sebatan maksimum,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN