Majikan didakwa amang seksual pekerja bawah umur

Majikan didakwa amang seksual pekerja bawah umur

SEORANG majikan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, Ayer Keroh, Melaka atas pertuduhan mencabul pekerja bawah umur. - UTUSAN/SYAFEEQ AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Seorang majikan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini semalam atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap pekerjanya, dua minggu lalu.

Tertuduh, Mohamad Redwan Sabri, 31, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Azaraorni Abd. Rahman.

Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh didakwa dengan sengaja telah melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang perempuan berumur 17 tahun satu bulan sewaktu kejadian dengan cara memegang paha kanan mangsa.

Kesalahan itu dilakukan kira-kira pukul 12.30 pagi dalam sebuah kereta jenis Isuzu Trooper di Jalan Solok Fajar, Bukit Nibong, Paya Dalam dalam daerah Melaka Tengah pada 14 Februari 2024.

Sabit kesalahan tertuduh boleh dipenjara maksimum 20 tahun dan sebat mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Rashidah Baharom mencadangkan jaminan RM30,000 dan syarat tambahan tertuduh tidak mengganggu mangsa yang juga pekerjanya sehingga kes selesai.

Tertuduh diwakili peguam Sharveen Letchumanan merayu jaminan rendah dengan alasan anak guamnya hanya bekerja sendiri sebagai jurukimpal dengan pendapatan RM1,500 sebulan selain menyara lima anak yang masih kecil dan menjaga bapanya yang sakit.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM12,000 dan dikenakan syarat tambahan serta perlu melapor diri sebulan sekali di balai polis. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN