[TIDAK RASMI] BN mendahului di DUN Yong Peng

[TIDAK RASMI] BN mendahului di DUN Yong Peng

terkini
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUAR: Calon Barisan Nasional (BN), Ling Tian Soon mendahului kiraan undi tidak rasmi bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Yong Peng dengan memperoleh 10,403 undi berbanding calon Pakatan Harapan (PH), Yong Hui Yi yang memperoleh 6,639 undi setakat pukul 7.55 malam tadi.

Kedudukan semasa itu menyaksikan BN memperoleh 61.04 peratus undi manakala PH meraih 38.96 peratus daripada keseluruhan 17,042 undi yang telah dikira.

DUN Bentayan menyaksikan pertembungan dua penjuru dan Tian Soon merupakan penyandang kerusi itu.

Seramai 34,032 pengundi berdaftar layak menunaikan tanggungjawab memilih wakil rakyat bagi kerusi berkenaan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kali ini. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN