[TIDAK RASMI] BN mendahului di DUN Pemanis

[TIDAK RASMI] BN mendahului di DUN Pemanis

terkini
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEGAMAT: Calon Barisan Nasional (BN), Anuar Abd. Manap mendahului kiraan undi tidak rasmi bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pemanis dengan memperoleh 777 undi berbanding calon Pakatan Harapan (PH), Jalex Lee (197 undi) dan Perikatan Nasional (PN), Arvind (40 undi) setakat pukul 7:50 malam tadi.

Kedudukan semasa itu menyaksikan BN memperoleh 76.63 peratus undi, diikuti PH dengan 19.43 peratus manakala PN meraih 3.94 peratus daripada keseluruhan 1,014 undi yang telah dikira.

DUN Pemanis menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara Anuar Abd. Manap (BN), Jalex Lee (PH) dan Arvind (PN).

Seramai 30,458 pengundi berdaftar layak menunaikan tanggungjawab memilih wakil rakyat bagi kerusi berkenaan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kali ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN