Pegawai waran didakwa cederakan dua lelaki mabuk

Pegawai waran didakwa cederakan dua lelaki mabuk

TERTUDUH diiring keluar anggota polis selepas mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, Ayer Keroh, Melaka atas pertuduhan mendatangkan kecederaan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Hasrat seorang pegawai tentera meleraikan pergaduhan jirannya dengan dua lelaki dipercayai mabuk memakan diri selepas pegawai waran itu didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan mendatangkan kecederaan.

Ketika dua pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Darmafikri Abu Adam dan Hakim Mohd. Sabri Ismail, tertuduh, Mohd. Affizzu Che Aziz, 38, membuat pengakuan tidak bersalah.

Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh didakwa sengaja mendatangkan kecederaan parah terhadap dua mangsa menggunakan objek tajam disyaki sebilah pisau (dagger), kira-kira pukul 11.30 malam di Blok C Pangsapuri Cheng Ria dalam daerah Melaka Tengah pada 16 Oktober 2022.

Sabit kesalahan, tertuduh boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan denda atau sebat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan

Difahamkan, pergelutan berlaku selepas jiran tertuduh menegur kedua-dua mangsa yang dipercayai membuat bising akibat mabuk di bawah pangsapuri.

Mangsa yang berang kemudian bertindak naik ke tingkat atas menuju ke rumah jiran tertuduh untuk bergaduh. Tertuduh yang melihat kekecohan cuba meleraikan pergaduhan sehingga didakwa mendatangkan kecederaan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya N. Sivashangari dan Muhamad Nazrin Ali Rahim mencadangkan jaminan RM35,000 bagi kesemua pertuduhan.

Peguam Omar Zulkarnain merayu jumlah jaminan dikurangkan dengan alasan anak guamnya adalah pegawai tentera dan perlu menanggung dua isteri serta enam anak.

Mahkamah membenarkan ikat jamin RM18,000 beserta syarat tambahan tidak boleh menghubungi mangsa atau saksi pendakwaan serta perlu melapor diri sekali setiap bulan kepada pegawai penyiasat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya