1MDB: Selepas 167 hari bicara, Najib minta hakim tarik diri - Utusan Malaysia

1MDB: Selepas 167 hari bicara, Najib minta hakim tarik diri

NAJIB TUN RAZAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Sebaik sahaja perbicaraan penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) RM2.28 bilion bermula, peguam bela utama, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah memaklumkan mahkamah bahawa mereka berhasrat untuk memohon agar Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Collin Lawrence Sequerah menarik diri daripada terus mendengar perbicaraan itu.

Ia berikutan pendedahan yang dibuat oleh Hakim Sequerah semalam yang menyatakan bahawa beliau pernah bekerja di firma guaman yang sama, Zain & Co. bersama-sama bekas peguam 1MDB, Jasmine Loo Ai Swan.

Jasmine menyerah diri kepada pihak berkuasa pada 7 Julai lalu selepas menghilangkan diri sejak skandal 1MDB dibongkarkan dan kini sedang memberi keterangan terhadap pihak polis.

Wanita itu akan diserahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) untuk siasatan selepas PDRM tamat mengambil keterangan.

Terdahulu, Muhammad Shafee yang mewakili bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memberitahu mahkamah, permohonan rasmi berhubung perkara itu akan difailkan dalam masa terdekat.

“Saya baru berkesempatan untuk berbincang dengan anak guam saya (Najib) pagi ini. Tetapi kami sedang mempertimbangkan untuk memfailkan permohonan agar Yang Arif menarik diri daripada terus mendengar perbicaraan ini.

“Pendedahan yang dibuat oleh Yang Arif semalam agak mengejutkan saya dan anak guam saya. Nama Jasmin Loo telah disebut sebanyak 656 kali sepanjang 167 hari perbicaraan.

“Tidak kira sama ada Jasmine Loo akan dipanggil memberi keterangan atau tidak, tetapi (fakta) bahawa Yang Arif pernah menjadi rakan kongsi dalam firma guaman yang sama merupakan satu alasan yang membolehkan Yang Arif untuk mempertimnbangkan untuk menarik diri,”kata Muhammad Shafee.

Mendengar perkara itu, Hakim Sequerah memaklumkan beliau akan menguruskan (dealt with it) apabila tiba masanya (permohonan rasmi difailkan).

Perbicaraan kemudian bersambung dengan Muhammad Shafee menyoal balas saksi pendakwaan ke-44, bekas pegawai bank BSI Bank Ltd., Singapura, Kevin Micheal Swampillai. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya