Warga emas nafi rogol anak tiri

Warga emas nafi rogol anak tiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Seorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini semalam atas tuduhan merogol budak perempuan yang juga anak tirinya, dua bulan lalu.

Tertuduh yang berusia 63 tahun itu meminta dibicarakan selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Nooriah Osman.

Berdasarkan pertuduhan, lelaki itu didakwa merogol anak perempuan tirinya yang berumur 11 tahun di sebuah rumah di daerah antara pukul 5.30 sehingga 6.30 pagi, April lalu.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan sebat tidak kurang 10 sebatan mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan.

Mahkamah menetapkan tarikh sebutan semula kes pada 11 Julai ini dan membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM25,000 dengan seorang penjamin. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN