Empat kali cemar Sungai Melaka, syarikat didenda RM30,000

Empat kali cemar Sungai Melaka, syarikat didenda RM30,000

YONG Kuan Ho membuat pengakuan bersalah di Mahkamah Sesyen, Ayer Keroh, Melaka atas kesalahan melakukan pencemaran sisa kimia ke dalam Sungai Melaka. - UTUSAN/SYAFEEQ AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Mahkamah Sesyen di sini, hari ini mendenda sebuah kilang elektronik dengan nilai RM30,000 atas kesalahan melakukan pencemaran sisa kimia ke dalam Sungai Melaka, tahun lalu.

Hakim Darmafikri Abu Adam menjatuhkan hukuman itu terhadap Syntronixs Asia Sdn. Bhd. selaku orang kena saman (OKS) selepas Pengarahnya, Yong Kuan Ho, 53, mengaku bersalah.

Berdasarkan kertas pertuduhan, syarikat itu didapati telah melepaskan efluen perindustrian melebihi had Piawaian B seperti mana ditetapkan ke dalam perairan pedalaman yang mana kandungan biological oxygen demand (BOD) mempunyai kepekatan tinggi.

Kesalahan dilakukan kira-kira pukul 11.10 pagi hingga 1 petang pada 18 Ogos 2022 di No 8722, Plot 8, Kawasan Perindustrian Bebas Batu Berendam, Mukim Bachang dalam daerah Melaka Tengah.

OKS boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan mengikut Peraturan 11 (1) (b) Peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Efluen Perindusrian) 2009, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.

Pegawai Pendakwa Jabatan Alam Sekitar (JAS) Melaka, Elbyta Rozana Mohd. Hatta memohon hukuman setimpal dikenakan memandangkan ia merupakan kesalahan ke empat dilakukan syarikat berkenaan.

Syarikat sama sebelum ini didenda keseluruhan sebanyak RM85,000 kerana didapati bersalah di bawah peraturan sama pada 2010, 2018 dan 2020.

Bagaimanapun, peguam Christal Wong memohon nilai denda dikurangkan dengan alasan OKS telah mengaku bersalah, seterusnya menjimatkan masa dan kos perbicaraan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya