Orang gemuk selalu sayang orang lebih daripada diri sendiri - Norreen Iman - Utusan Malaysia

Orang gemuk selalu sayang orang lebih daripada diri sendiri – Norreen Iman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Di sebalik luahan seorang pengguna media sosial mengenai isu berat badan, pelakon, Norreen Iman menegaskan setiap individu perlu belajar menyayangi diri sendiri tanpa terlalu bergantung kepada pandangan orang lain.

Noreen atau Noreen Iman Abdullah, 32, berkata, ramai individu yang berdepan isu berat badan sering lebih mengutamakan orang lain berbanding diri sendiri.

“Ya, jadi gemuk ini memang hina. Kadang sampai nak sayang diri sendiri fikir dua tiga kali sebab orang gemuk ini memang selalu sayang orang lebih dari sayang diri sendiri.

“Tapi kalau fikir pasal orang sampai sudah tak habis. Cuma anggap, kalau gemuk sampai tua, risau tidak terjaga,” katanya menerusi satu hantaran komen di Threads.

Tambah pelakon Rindu Awak Separuh Nyawa itu, setiap individu perlu memberi perhatian kepada kesihatan diri tanpa terlalu bergantung kepada penerimaan orang sekeliling.

“Kita sihat, kita boleh sayang diri kita dalam banyak cara. Tak perlu tunggu orang lain untuk buat kita bahagia,” katanya ringkas.

Terdahulu, tular di Threads satu hantaran memaparkan seorang pengguna berkongsi gambarnya sambil meminta nasihat untuk menurunkan berat badan.

Susulan itu, komen Noreen Iman mencuri perhatian apabila dia menasihatkan agar individu tersebut belajar menyayangi diri sendiri, selain mengingatkan bahawa keadaan kesihatan perlu diambil kira sekiranya berat badan berlebihan sehingga usia tua.

Untuk rekod, Noreen mula mendapat tempat dalam industri televisyen tanah air menerusi beberapa drama popular seperti Pelindung Seorang Puteri, Rindu Awak Separuh Nyawa dan Jangan Ganggu Jodohku.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN