Penebar roti canai didakwa pukul isteri

Penebar roti canai didakwa pukul isteri

TERTUDUH mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret, Ayer Keroh, Melaka atas pertuduhan memukul isterinya kerana berang wanita itu meninggikan suara kepada ibunya. - UTUSAN/SYAFEEQ AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Seorang suami didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan memukul isterinya kerana berang wanita itu meninggikan suara kepada ibunya.

Tertuduh yang bekerja sebagai penebar roti canai bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Mazana Sinin.

Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh didakwa dengan sengaja mendatangkan kecederaan terhadap Nur Aqmar Izzianty Md. Yusoff, 29, yang merupakan isterinya yang sah dengan cara memukul mangsa pada bahagian muka.

Perbuatan itu dilakukan kira-kira pukul 10 malam di sebuah rumah di Taman Cheng Indah dalam daerah Melaka Tengah pada 14 Februari 2023.

Tertuduh boleh dihukum penjara sehingga dua tahun dan boleh juga didenda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 326A kanun sama, jika sabit kesalahan.

Difahamkan kejadian berlaku selepas tertuduh berasa marah apabila isterinya dikatakan meninggikan suara kepada ibunya ketika berlaku perselisihan faham keluarga.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya J. Banusha manakala tertuduh pula tidak diwakili peguam.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan tarikh 3 April depan untuk lantikan peguam dan sebutan semula kes. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya