Pembunuh Nek Misah berdepan tali gantung

Pembunuh Nek Misah berdepan tali gantung

TERTUDUH hanya mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Tan Chai Wei di Mahkamah Majistret Jasin, Melaka. - UTUSAN/SYAFEEQ AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JASIN: Padah membunuh seorang warga emas berumur 91 tahun dalam kejadian di Kampung Pulai Darat bulan lalu, seorang pemuda berdepan hukuman gantung selepas didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Tertuduh, D. Peter, 20, hanya mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Tan Chai Wei, namun tiada sebarang pengakuan direkodkan.

Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh didakwa telah membunuh Misah Md. Amin kira-kira pukul 1.30 pagi di sebuah rumah di Kampung Pulau Darat, Merlimau dalam daerah Jasin pada 20 Januari 2023.

Tertuduh boleh dihukum gantung sampai mati mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nor Azizah Yusof manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Sebelum ini, Utusan Malaysia melaporkan, seorang nenek yang tinggal berseorangan di rumahnya ditemui maut dipercayai dibunuh dalam kejadian samun.

Tragedi yang menimpa warga emas itu disedari oleh jirannya yang juga seorang lelaki warga Indonesia menyewa berhampiran lokasi kejadian.

Pemangku Ketua Polis Daerah Jasin, Asisten Superintenden Mohd. Fadzli Othman berkata, polis menerima laporan daripada orang awam kira-kira pukul 3.54 pagi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya