Dalang sindiket dadah susu kultur berdepan tali gantung

Dalang sindiket dadah susu kultur berdepan tali gantung

SEPASANG suami isteri didakwa di Mahkamah Majistret, Ayer Keroh, Melaka atas pertuduhan mengedar pelbagai jenis dadah. - UTUSAN/SYAFEEQ AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Hukuman gantung sampai mati menanti sepasang suami isteri selepas kedua-duanya dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini, atas pertuduhan mengedar pelbagai jenis dadah termasuk cecair ketamin yang disuntik dalam minuman susu kultur dan jus.

Tertuduh, Lee Wui Khang, 34 dan isterinya, Pimanmart Chai Songkram, 30, mengangguk faham sejurus pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Sharda Shienha Mohd. Suleiman.

Tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada kedua tertuduh bagi enam pertuduhan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh secara bersama-sama dalam mencapai niat bersama didakwa telah mengedar dadah jenis cecair ketamin (56,100 mililiter), serbuk ketamin (3,711 gram), 3,4 methylenedioxymethamphetamine (MDMA) (299 gram), nimetazepam (144 gram) dan ketamin (96.69 gram).

Kesemua kesalahan itu dilakukan pukul 8.25 malam di sebuah Pangsapuri Straits Emerald Tower, Jalan Merdeka, Garden City Melaka dalam daerah Melaka Tengah pada 20 Januari 2023.

Tertuduh boleh digantung atau pemenjaraan seumur hidup dan hendaklah jika tidak dihukum dengan hukuman mati, dihukum dengan sebatan yang tidak kurang daripada 15 sebatan.

Bagi pertuduhan ketujuh, kedua-dua tertuduh membuat pengakuan tidak bersalah atas pertuduhan memiliki dadah jenis kanabis (33.53 gram) pada masa, tempat dan tarikh sama mengikut Seksyen 12 (2) ADB 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39A (1) akta sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Tertuduh boleh dipenjara tidak kurang dua tahun dan tidak lebih lima tahun serta sebatan tidak kurang tiga kali atau lebih sembilan sebatan.

Sementara itu, tertuduh lelaki turut didakwa dengan satu pertuduhan mengedar dadah jenis ketamin, berat kasar 3,910 mililiter dan didakwa mengikut Seksyen 39B (1) (A) ADB 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B (2) akta sama.

Kesalahan itu dilakukan pukul 8.10 malam di tempat parkir kereta di hadapan Pangsapuri Straits Emerald Tower, Jalan Merdeka, Garden City Melaka dalam daerah Melaka Tengah pada 20 Januari 2023.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Fiqri Hakim Zamri manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.

Pada 25 Januari lalu, Utusan Malaysia melaporkan, taktik licik sindiket pengedaran dadah yang berselindung di sebalik minuman susu kultur dan jus tumpas, selepas dalang terdiri daripada pasangan suami isteri diberkas polis.

Serbuan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah itu berjaya menumpaskan kegiatan yang aktif di sekitar Banda Hilir di sini, dengan nilai rampasan sebanyak RM206,111. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.