Bapa muda didakwa rogol remaja bawah umur

Bapa muda didakwa rogol remaja bawah umur

TERTUDUH diiring keluar anggota polis selepas mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, Ayer Keroh, Melaka atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal dan merogol remaja bawah umur, bulan lalu. - UTUSAN/SYAFEEQ AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Seorang lelaki dituduh di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas kesalahan melakukan amang seksual fizikal dan merogol remaja bawah umur, bulan lalu.

Tertuduh Muhammad Eizhan Shah Abdullah berusia 19 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah sejurus dua pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Elesabet Paya Wan.

Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh yang sudah berkahwin didakwa melakukan amang seksual fizikal dengan cara meraba payu dara dan alat sulit mangsa yang berusia 16 tahun.

Kesalahan itu dilakukan kira-kira pukul 10 malam dalam bilik stor motor lif, tingkat sembilan, Blok B Projek Perumahan Rakyat (PPR) Krubong dalam daerah Melaka Tengah pada 11 Januari 2023.

Sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara 20 tahun dan dikenakan sebatan mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang boleh dihukum di bawah akta sama.

Tertuduh juga didakwa merogol mangsa tanpa kerelaan pada masa, lokasi dan tarikh sama.

Sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara tidak kurang 10 tahun dan tidak melebihi 30 tahun dan sebatan mengikut Seksyen 376 (2) Kanun Keseksaan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Fiqri Hakim Zamri mencadangkan tertuduh tidak diberikan jaminan dan sekiranya mahkamah mahu menggunakan budi bicara, beliau mencadangkan jaminan RM50,000.

Tertuduh yang diwakili peguam Muhamad Syah Azlan Abdullah merayu jumlah jaminan dikurangkan dengan alasan anak guamnya sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak berusia setahun dan merupakan penanggung tunggal keluarga.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM20,000 dan dilarang mengganggu mangsa yang juga saksi pendakwaan.

Mahkamah turut menetapkan 29 Mac depan sebagai sebutan semula kes dan serahan dokumen. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya