Suspek curi bas sekolah direman tiga hari

Suspek curi bas sekolah direman tiga hari

SEBUAH bas sekolah terbabas di Lebuh AMJ berhampiran Taman Malinja, Melaka. - UTUSAN/SYAFEEQ AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Suspek yang melarikan sebuah bas sekolah dalam kejadian di Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ) berhampiran Taman Malinja di sini petang semalam, direman tiga hari bermula hari ini.

Perintah reman sehingga 2 Februari itu dikeluarkan Majistret Mazana Sinin bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 379 (A) Kanun Keseksaan.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, lelaki berusia 27 tahun itu merupakan seorang penganggur berasal dari Kapar, Selangor.

Hasil soal siasat mendapati, suspek mendakwa bertindak melarikan bas sekolah itu kerana ingin pulang ke Kapar.

“Hasil semakan lanjut, lelaki itu mempunyai rekod jenayah sama cuba melarikan kereta pada 2013 dan disiasat mengikut Seksyen 379A serta Seksyen 511 Kanun Keseksaan.

“Suspek memberitahu dia melarikan bas sekolah itu kerana ingin pulang ke Kapar,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Sebelum ini, Utusan Malaysia melaporkan, hasrat seorang lelaki untuk mencuri sebuah bas sekolah tidak kesampaian selepas kenderaan yang dilarikannya itu terbabas ke dalam longkang di Lebuh AMJ.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5.10 petang itu, suasana di kawasan tersebut bertukar gamat apabila berlaku pergelutan antara orang awam dengan suspek sebelum berjaya ditangkap dan diserahkan kepada polis.

Anak kepada pemilik bas yang dicuri, Zaidi Basri, 42, berkata, dia dimaklumkan mengenai kejadian oleh bapa saudaranya yang melihat kenderaan tersebut dilarikan suspek dari tempat parkir di sebuah stesen minyak. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya