Dua nelayan, tukang bot berdepan tali gantung kerana dadah

Dua nelayan, tukang bot berdepan tali gantung kerana dadah

KESEMUA tertuduh dituduh di Mahkamah Majistret, Jasin, Melaka atas kesalahan mengedar dadah seberat 99.26 kg. - UTUSAN/SYAFEEQ AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JASIN: Empat individu termasuk dua nelayan dan seorang tukang bot dituduh mengedar dadah seberat 99.26 kilogram (kg) di Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Kesemua tertuduh, Mohd. Nor Fazdli Kamarudin, 38; Muzairi Mustapa, 44, dan isterinya, Rozita Ab. Wahab, 41, serta Mohd. Najib Jaafar, 44, dihadapkan dengan dua pertuduhan di hadapan Majistret Tan Chai Wei.

Bagaimanapun, tiada sebarang pengakuan direkodkan oleh kesemua mereka dan hanya mengangguk faham sejuruh pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.

Berdasarkan kertas pertuduhan, kesemua tertuduh secara bersama-sama didakwa mengedar dadah jenis methamphetamine dengan berat kasar 82,640 gram kira-kira pukul 3 petang di sebuah rumah di Taman Serkam Jaya, Merlimau dalam daerah Jasin.

Kesemua tertuduh secara bersama-sama turut didakwa mengedar dadah jenis 3,4-Methylenedioxymethamphetamine (MDMA) dengan berat kasar 16,620 gram di lokasi, masa dan tarikh sama.

Kesemua mereka boleh dihukum gantung sampai mati mengikut Seksyen 39B (2) Akta Dadah Berbahaya 1952, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Inspektor Izudddin Said manakala hanya Mohd. Nor Fazdli diwakili Peguam Salim Bashir.

Mahkamah menetapkan 14 Mac depan sebagai sebutan semula kes dan serahan laporan kimia.

Pada 6 Januari lalu, Utusan Malaysia melaporkan, sindiket dadah antarabangsa yang menjadikan sebuah rumah di Serkam sebagai gudang penyimpanan dadah bernilai RM3.8 juta berjaya ditumpaskan polis.

Dalam serbuan berasingan di tiga lokasi di negeri ini serta satu di Petaling Jaya, Selangor, polis berjaya menahan lapan suspek berusia antara 28 hingga 48 tahun.

Ketua Polis Melaka, Datuk Zainol Samah berkata, kejayaan besar melibatkan kerjasama Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka dengan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman itu berjaya merampas syabu seberat 82.64 kg dan 16.62 kg pil ekstasi dipercayai untuk kegunaan pasaran luar negara. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya