Siti Bainun menangis nampak anak-anak angkatnya - Utusan Malaysia

Siti Bainun menangis nampak anak-anak angkatnya

SITI Bainun Ahd Razali
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd. Razali menangis teresak-esak semasa enam kanak-kanak termasuk remaja perempuan sindrom down yang dikenali sebagai Bella dibawa masuk ke dalam mahkamah bagi sesi pengecaman.

Tiga orang saksi pendakwaan iaitu Zurianty Sudin, 39; Yasmin Nahar Mahmood, 19; Suhana Zam, 40, dipanggil semula bagi menjalankan pengecaman ke atas keenam-enam kanak-kanak itu.

Sesi pengecaman itu dijalankan di sebalik skrin penghadang bagi melindungi identiti kesemua kanak-kanak yang hadir.

Terdahulu, peguam Siti Bainun, Nur A’minatul Mardiah Md. Nor memohon pada Hakim Izralizam Sanusi supaya skrin penghadang itu dialihkan bagi melihat reaksi kesemua kanak-kanak itu namun permohonan itu ditolak.

Izralizam berkata sesi itu akan menumpukan pada pengecaman dan bukan untuk merekodkan keterangan daripada anak-anak itu. –UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.