GSC didenda RM45,000: Catut air mineral, Mister Potato - Utusan Malaysia

GSC didenda RM45,000: Catut air mineral, Mister Potato

NORENA JAAFAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Sebuah syarikat pawagam, Golden Screen Cinema Sdn. Bhd. (GSC) dijatuhkan hukuman denda RM45,000 oleh Mahkamah Seksyen di sini semalam, atas kesalahan mencatut.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Melaka, Norena Jaafar berkata, pencatutan itu melibatkan penjualan air mineral 600 mililiter (ml) jenama Spritzer dan keropok kentang 75 gram (gm) jenama Mister Potato. 

Katanya lagi, GSC didapati melakukan kesalahan tersebut setelah mahkamah meneliti keterangan daripada tiga saksi pendakwaan dan empat orang saksi pembelaan serta hujahan daripada kedua-dua pihak pendakwaan dan pembelaan. 

“Hakim Nariman Badruddin telah membuat keputusan bahawa suatu kes melampaui keraguan yang munasabah atau beyond reasonable doubt terhadap pertuduhan utama gagal dibuktikan oleh pihak pembelaan. 

“Setelah mahkamah mendengar rayuan pengurangan hukuman daripada peguam bela bagi orang kena saman (OKS) serta hujahan imbangan pemberat dari pihak pendakwaan, maka hakim telah menjatuhkan hukuman denda RM45,000 bagi pertuduhan berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Norena, mengikut pertuduhan, GSC didakwa melakukan kesalahan tersebut di Dataran Pahlawan Melaka Megamall, Jalan Merdeka, Bandar Hilir di sini.

Jelasnya lagi, tertuduh dalam rayuannya meminta mahkamah menjatuhkan hukuman ringan dengan alasan ia merupakan kesalahan kali pertama dan kesalahan dilakukan lebih kepada faktor teknikal serta kenaikan margin keuntungan dalam kadar yang sedikit.

“Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Syazwani Zawawi, Keh Shu Min dan dibantu oleh Pegawai Pendakwa Sallim Wahid, manakala tertuduh diwakili peguam Joshua Teoh Beni Chris dan Desmond Liew Zhi Hong,” ujarnya. –UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.