Leftenan Kolonel ATM mengaku tidak bersalah terima RM2,500 - Utusan Malaysia

Leftenan Kolonel ATM mengaku tidak bersalah terima RM2,500

SHAFIZAN AMIN (kiri) didakwa atas tiga pertuduhan menerima rasuah dengan jumlah keseluruhan RM2,500 di Mahkamah Sesyen Shah Alam, Selangor hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Seorang Penolong Pegawai Pemerintah Angkatan Tentera Malaysia  (ATM) berpangkat Leftenan Kolonel mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas tiga pertuduhan rasuah bernilai RM2,500 bagi kerja-kerja di Kem Paya Jaras, Sungai Buloh dekat sini, tahun lalu.

 

Tertuduh, Shafizan Amin, 47, membuat pengakuan itu selepas ketiga-tiga pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Rasyihah Ghazali.

 

Mengikut ketiga-tiga pertuduhan, Shafizan yang merupakan Penolong Pegawai Pemerintah Rejimen Perhubungan Strategik, Kem Paya Jaras didakwa telah menerima wang tunai keseluruhan berjumlah RM2,500 secara berperingkat yang dimasukkan ke dalam sebuah akaun bank milik seorang individu wanita.

 

Wang itu diberikan seorang lelaki yang merupakan pemilik sebuah syarikat swasta yang diketahui tertuduh mempunyai tugas rasminya iaitu berkenaan kerja-kerja di kem tersebut.

 

Kesemua kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah bank di Putra Heights, Subang bermula 2 Mei hingga 28 Julai, tahun lalu.

 

Bagi setiap pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

 

Pegawai Pendakwa daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Mohd. Aliff Shahruzaman menawarkan jaminan RM10,000 untuk kesemua pertuduhan bersama seorang penjamin dengan syarat tambahan pasport antarabangsa milik tertuduh diserahkan kepada mahkamah selain perlu melapor diri pada minggu pertama setiap bulan.

 

Peguambela, Mohd. Aidil Arsad dan Mohd. Shukri Ahmad Mansor memohon jaminan dikurangkan dengan alasan tertuduh telah diisytiharkan bankrap pada 2018 dan hanya menyediakan RM4,000 pada hari ini.

 

“Anak guam kami menerima gaji bersih RM5,245 dengan dipotong gaji setiap bulan RM500 kepada Jabatan Insolvensi selain tidak mempunyai pasport antarabangsa dan risiko melarikan diri.

 

“Berdasarkan pendapatan itu, dia perlu menyara lima orang anak dan menanggung ibunya yang berusia 74 tahun dengan dibantu isteri yang bergaji RM2,965 sebagai jururawat masyarakat,” ujarnya.

 

Mahkamah menetapkan jaminan RM5,000 bersama seorang penjamin selain perlu melapor diri di pejabat SPRM Shah Alam pada setiap awal bulan.

 

Mahkamah turut mengeluarkan arahan agar tertuduh serta tidak dibenarkan memperbaharui pasport antarabangsa.

 

Kes ditetapkan untuk sebutan pada 25 Oktober hadapan.

 

Akhbar pada 2 April lalu melaporkan seorang pegawai kanan Tentera Darat berpangkat Leftnenan Kolonel direman tujuh hari bagi membantu siasatan rasuah berjumlah RM16,000 untuk kerja-kerja di sebuah kem di Selangor selama setahun bermula tahun 2019. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya