Malaysia zahir takziah, sedia hulur bantuan kepada Filipina

Malaysia zahir takziah, sedia hulur bantuan kepada Filipina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerajaan Malaysia menzahirkan ucapan takziah dan simpati kepada Kerajaan serta rakyat Filipina susulan kejadian gempa bumi yang melanda kawasan luar perairan Sarangani, Selatan Mindanao pada 8 Jun lalu.

Wisma Putra dalam satu kenyataan berkata, Malaysia amat berduka cita atas kehilangan nyawa, kecederaan dan kehilangan tempat tinggal yang dialami mangsa akibat bencana tersebut.

Menurut kenyataan itu, kerajaan dan rakyat Malaysia turut bersimpati serta menzahirkan solidariti kepada semua pihak yang terkesan dengan tragedi berkenaan.

“Malaysia amat berduka cita atas kehilangan nyawa, kecederaan dan kehilangan tempat tinggal akibat malapetaka yang berlaku.

“Kerajaan dan rakyat Malaysia turut bersimpati dan menzahirkan solidariti kepada rakyat Filipina yang terkesan,” katanya hari ini.

Wisma Putra turut memaklumkan bahawa Malaysia bersedia menghulurkan sebarang bentuk bantuan kepada kerajaan Filipina sekiranya diperlukan.

“Malaysia juga bersedia untuk menghulurkan sebarang bantuan kepada kerajaan Filipina sekiranya diperlukan.

“Malaysia turut menzahirkan penghargaan kepada pihak berkuasa Filipina yang telah menghulurkan bantuan kepada rakyat Malaysia di kawasan yang terlibat, termasuk rakyat Malaysia yang tinggal di General Santos City dan kawasan berhampiran,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN