Pemandu lori lacur isteri, anak bakal dipenjara 40 tahun - Utusan Malaysia

Pemandu lori lacur isteri, anak bakal dipenjara 40 tahun

PEMANDU lori mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Klang atas dua pertuduhan mengeksploitasi isteri dan anaknya bagi tujuan seks. - FOTO/SYARAFIQ ABD. SAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Seorang bapa bakal dipenjara 40 tahun selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas dua pertuduhan mengeksploitasi isteri dan anaknya bagi tujuan seks antara 2015 hingga 2020.

Tertuduh berusia 43 tahun merupakan pemandu lori itu membuat pengakuan tersebut di hadapan Hakim Datuk Zamzaini Mohd. Zain selepas kedua-dua pertuduhan dibacakan secara berasingan.

Mengikut kedua-dua pertuduhan, bapa kepada empat anak itu didakwa mengeksploitasi seks dengan menggunakan paksaan terhadap isteri dan kanak-kanak masing-masing berusia 36 dan 13 tahun.

Bagi pertuduhan pertama, tertuduh yang tidak diwakili peguam didakwa melakukan kesalahan ekploitasi seks terhadap isterinya di sebuah kondiminium dan loji air di Batu 9, Cheras antara Januari 2015 hingga Mei 2019.

Manakala, bagi pertuduhan kedua pula, tertuduh didakwa mengeksploitasi kanak-kanak terbabit di kondominium yang sama di Batu 9 Cheras di antara Januari 2019 hingga Februari 2020.

Bagi kedua-dua pertuduhan, dia didakwa mengikut Seksyen 13(b) dan 14 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) dan setiap pertuduhan memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda,jika disabitkan kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Evangelin Simon Silvaraj tidak menawarkan sebarang jaminan berikutan kes itu menarik perhatian orang awam dan merupakan kesalahan serius.

“Malah, tertuduh juga mempunyai hubungan rapat dengan kedua-dua mangsa iaitu suami dan bapa,” ujarnya.

Zamzaini membenarkan permohonan pihak pendakwaan dan menetapkan tarikh jatuh hukum ditetapkan pada 19 Ogos hadapan. 

Difahamkan, tertuduh mengeksploitasi isteri dan anak sulungnya berikutan kegagalan membayar bayaran bulanan kondominium yang baharu dibelinya berjumlah RM1,700. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya