PERSATUAN Famili Saadi, iaitu persatuan yang mengumpul dan menaungi salasilah kaluarga dan waris Haji Saad baru-baru ini telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Pengerusi RHB Bank, Tan Sri Ahmad Badri Mohd Zahir.
Kunjungan yang diketuai oleh Pengerusi Persatuan Famili Saadi, Ir. Fuad Abas bertujuan mendapatkan khidmat nasihat dan berbincang mengenai hala tuju dan program yang sesuai dilaksanakan untuk tahun 2026.
Ahmad Badri yang merupakan bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan juga adalah penaung kepada persatuan keluarga tersebut.
Turut hadir pada kunjungan itu adalah seorang lagi penaung persatuan berkenaan, Datuk Ir Guntor Tobeng.










