KANGAR: MCA sukar untuk mencapai kemenangan walau satu kerusi sekali pun dalam Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) jika mengambil keputusan bergerak solo. Pemerhati politik dari Universiti Malaysia Perlis (Unimap), Muhammad Izmer Yusof berkata, keputusan bergerak solo bukan satu pilihan yang tepat, malah parti-parti seperti Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) dan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) antaranya telah menunjukkan bahawa politik solo tanpa sokongan kaum majoriti adalah mustahil untuk mencapai kejayaan…










