SEREMBAN: Buat julung kalinya solat Jumaat didirikan di Surau Madani yang terletak di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Seremban arah Selatan, Lebuhraya Utara Selatan di sini semalam. Seramai kira-kira 300 jemaah hadir menunaikan solat Jumaat pertama tersebut yang mana 60 daripadanya merupakan pemastautin tetap dan pekerja manakala selebihnya adalah pengguna lebuh raya. Jemaah yang hadir itu melebihi kapasiti kemudahan surau berkenaan yang mampu menampung 150 jemaah lelaki pada satu-satu masa…