KANGAR: Seramai 30 peserta dalam kalangan belia dari pelbagai kampung menyertai kejohanan Fifa Soccer 2024
PS4 dalam suasana penuh meriah di Kampung Lubok Merbau Pedu, semalam.
Timbalan Dekan Ghazali Shafie Graduate School Of Goverment (GSGSG) Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof. Madya Dr. Kamarul Azman Khamis menyampaikan hadiah kepada para pemenang pertandingan tersebut.
Tempat pertama menerima hadiah wang tunai RM200, tempat kedua RM150 dan tempat ketiga menerima hadiah wang tunai RM80 manakala tempat keempat RM50 selain hamper kepada peserta-peserta lain.
Kamarul Azman yang juga Penasihat Persatuan Asrama Belia Malaysia (Myha) negeri Kedah berkata, program ini berjaya mengeratkan hubungan dan keakraban bersama golongan muda.
“Ia juga menjadikan akan muda lebih produktif dalam aktiviti sihat dan bukannya aktiviti negatif yang boleh merosakkan perpaduan dan keharmonian negara,” katanya.-UTUSAN










