Tabika Kemas autisme dibuka tahun depan di Melaka

Tabika Kemas autisme dibuka tahun depan di Melaka

MUHAMAD AKMAL Saleh hadir ke Majlis Perasmian Penutupan FKI 2024 di pekarangan Menara Taming Sari, Banda Hilir, Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Taman bimbingan kanak-kanak (Tabika) autisme pertama di bawah Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) sedang dalam perancangan untuk dibuka di negeri ini, awal tahun depan.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan negeri, Dr. Muhamad Akmal Saleh berkata, Melaka bakal menjadi perintis kepada kemudahan itu yang mana satu Tabika autisme akan ditempatkan di setiap daerah.

Ujarnya, para guru terlibat sedang menjalani fasa latihan tentang kaedah dan tata cara khusus untuk mengendalikan kanak-kanak berkeperluan khas dikelolakan Kemas Melaka.

“Seperti mana yang kita maklumkan sebelum ini, Melaka merupakan negeri perintis kewujudan satu daerah, satu Tabika Kemas untuk anak-anak autisme.

“Lokasi tabika berkenaan kita sudah kenal pasti, namun ia akan diumumkan nanti kerana fokus utama kita pada masa ini adalah melatih guru-guru bersesuaian untuk anak-anak berkeperluan khas ini, katanya selepas Majlis Perasmian Penutupan Festival Kesenian Islam (FKI) 2024 di pekarangan Menara Taming Sari, Banda Hilir di sini.

Katanya, langkah itu bagi meringankan beban ibu bapa yang kurang berkemampuan untuk menghantar anak-anak istimewa mereka ke sekolah khas bagi mendapatkan pendidikan dan terapi khas.

Tambah Muhamad Akmal, selaras dengan matlamat untuk membantu ibu bapa berpendapatan rendah yang mempunyai anak autisme, kemasukan ke fasiliti berkenaan akan diutamakan kepada golongan B40.

“Langkah itu bagi meringankan beban ibu bapa yang kurang berkemampuan untuk menghantar anak-anak istimewa mereka ke sekolah khas bagi mendapatkan pendidikan dan terapi khas,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×