GKR infak 29 tan beras kepada lebih 10,000 penerima

GKR infak 29 tan beras kepada lebih 10,000 penerima

AHLI Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyong, Datuk Mohd. Noor Helmy Abdul Halem menyerahkan sekampit beras kepada seorang asnaf pada program agihan beras dan wang tunai di Masjid Fathur Rahman, Pengkalan Rama, Melaka. - UTUSAN/AMRAN MULUP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Sebanyak 29 tan beras diinfakkan kepada lebih 10,000 penerima yang terdiri daripada asnaf, anak yatim, fakir miskin dan ibu tunggal di seluruh negara menerusi Gerakan Kongsi Rezeki (GKR).

Naib Presiden GKR, Norhayati Medon berkata, setakat ini program agihan beras telah menjelajah ke 14 negeri seperti Perlis, Kedah, Perak, Pulau Pinang dan Melaka.

Menurutnya, bermula Julai GKR memulakan infak pusingan kedua dengan agihan secara konsisten satu tan beras bagi setiap negeri.

“Sumbangan beras ini bukan setakat di Malaysia tetapi juga di Singapura, Indonesia, Brunei dan terbaharu di Filipina.

“GKR mempunyai keahlian di empat negara tersebut yang turut melaksanakan program infak serendah RM1 sehari, juga membabitkan sumbangan beras kepada golongan yang kurang bernasib baik di negara terbabit.

“Tujuan utama sumbangan ini adalah untuk meringankan beban golongan yang memerlukan untuk kita berkongsi rezeki. Kita pilih beras kerana ini adalah makanan ruji, selain harganya sangat mahal ketika ini hingga menyukarkan golongan yang memerlukan untuk membelinya,” katanya ketika ditemui di Masjid Fathur Rahman, Pengkalan Rama di sini, semalam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN