Amanah, dedikasi, tekun dan berhikmah dalam setiap pekerjaan - Utusan Malaysia

Amanah, dedikasi, tekun dan berhikmah dalam setiap pekerjaan

TUANKU Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan menyantuni asnaf di di Kampung Chemumar, Arau, Perlis semalam.-UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ARAU: Bekerja dan berusaha mengimarahkan bumi merupakan salah satu daripada perintah Allah SWT kepada manusia dalam menggalas tugas sebagai khalifah.

Pemangku Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, bagi memastikan segala tugas dan tanggungjawab berkenaan dapat dilaksanakan beberapa sifat positif perlu ada.

“Antara sifat positif itu seperti amanah, dedikasi, tekun dan berhikmah merupakan elemen penting yang perlu dijunjung dalam setiap pekerjaan,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian selepas berkenan berangkat mengetuai program ‘Kayuhan Berbasikal MAIPs Peduli Khas’ bersempena Hari Pekerja 2023 Peringkat Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs).

Dua buah rumah milik asnaf terpilih dikunjungi baginda iaitu di Kampung Chemumar di sini.

Baginda menyampaikan agihan zakat MAIPs sebanyak RM700, sekampit beras dan sekotak makanan mentah.

Mereka yang disantuni ialah Sulaiman Jusoh,71, dan Zabedah Mat Esa,49,,

Seterusnya Tuanku Syed Faizuddin merangkap Yang Dipertua MAIPs mengingatkan semua perkhidmat majlis tersebut untuk sentiasa bekerja dengan sepenuh hati, ikhlas dan berorientasikan budaya kerja cemerlang.

“Ia demi memastikan setiap objektif dan matlamat organisasi dapat direalisasikan,” titah baginda.

Sebagai rekod, MAIPs telah berjaya mencapai beberapa pengiktirafan antaranya Anugerah Sijil Bersih Kewangan Ketua Audit Negara bagi penyata kewangan selama 10 tahun berturut-turut.

Selain itu, MAIPs juga muncul sebagai majlis agama Islam pertama Malaysia yang mendapat penarafan Standards Accounting for Government Agencies (SAGA) daripada Jabatan Akauntan Negara serta Anugerah Khas Presiden daripada Malaysian Institute of Planners (MIP) baru-baru ini.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya