Penduduk sertai sukaneka Batu 19 Ceria Berukhuwah 2023 - Utusan Malaysia

Penduduk sertai sukaneka Batu 19 Ceria Berukhuwah 2023

SAHRIHAN Jani (duduk tiga dari kanan), Mazeni Keling (duduk tiga dari kiri) serta jawatankuasa program bergambar kenangan selepas perasmian Sukaneka Batu 19 Ceria Berukhuwah 2023 anjuran penduduk Kampung Melayu Batu 19 Sengkang, Bukit Gambir, Johor, baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HAMPIR 100 orang penduduk pelbagai peringkat umur menyertai program Sukaneka Batu 19 Ceria Berukhuwah 2023 yang julung kali diadakan, baru-baru ini.

Pengarah program, Mazeni Keling berkata, program itu bertujuan menghimpunkan warga Kampung Melayu Batu 19, Sengkang, Bukit Gambir sama ada yang tinggal di kampung mahupun di luar menyertai program yang dirancang itu.

Katanya, walaupun baru pertama kali dianjurkan namun ia mendapat sambutan positif penduduk apabila mereka turut menyertai pertandingan dalam sukaneka permainan tradisional yang diadakan termasuk baling tin, boling kelapa dan tarik tali.

Menurutnya, mereka sama-sama bergotong-royong membuat persiapan dari mula hingga selesai program dalam suasana harmoni.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gambir, Sahrihan Jani ketika merasmikan program itu berkata, penganjuran program itu dapat memupuk semangat kerjasama dalam kalangan penduduk di samping mengeratkan ukhuwah yang sedia terjalin. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya