Warga emas tidak terabai melalui KBDR

Warga emas tidak terabai melalui KBDR

KBDR
Sukarelawan Khidmat Bantu Di Rumah (KBDR) melayani salah seorang warga emas yang terlibat dalam program di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Menyedari nasib segelintir warga emas yang sering terpinggir dan terabai dalam penjagaan harian mereka, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah melaksanakan program Khidmat Bantu Di Rumah (KBDR) untuk memastikan kebajikan golongan itu terjaga.

Inisiatif pelaksanaan program KBDR ini bermula daripada penglibatan Malaysia dalam ROK-ASEAN (Republic of Korea-ASEAN) Summit Conference (10 +1) yang diadakan di Manila pada bulan November 1999.

Susulan daripada itu JKM terus merangka untuk memperkenalkannya di negara ini dan program itu dilancarkan pada 1 Oktober 2005 oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sempena Majlis Sambutan Hari Warga Emas Kebangsaan 2005.

Daripada majlis pelancaran itu digerakkan pilot program KBDR bermula pada tahun 2006 hingga 2012 yang dilaksanakan oleh Pertubuhan Sukarela Kebajikan (PSK) Persatuan Usiamas Malaysia (usiamas) dan Majlis Pusat Kebajikan Semalaysia (MPKSM) di empat lokasi iaitu Klang, Ampang, Kuala Langat dan Seremban.

Sukarelawan KBDR membantu melaku kerja rumah.

Akhirnya pada Persidangan ROK Asean Conference On Home Care For Older Person di Melaka pada 22-25 Mei 2012 mencadangkan supaya program KBDR dilaksanakan secara menyeluruh di seluruh negara.

Pada 8 Mac 2014, KPWKM menerusi JKM telah merintis jalan kerjasama strategik antara JKM bersama PSK iaitu Majlis Pusat Kebajikan SeMalaysia (MPKSM), Persatuan Kebajikan Usiamas Malaysia (USIAMAS), Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) dan Majlis Perkhidmatan Masyarakat Sabah (MPMS) untuk melaksanakan Program KBDR.

Bagi memastikan keberkesanan KBDR ini, JKM telah menyuntik beberapa inovasi antaranya menambah baik persekitaran kehidupan warga emas dan memperkasakan Orang Kurang Upaya.

Inovasi lain ialah menyediakan perkhidmatan bercorak pendampingan sosial (social outreach) oleh sukarelawan kepada warga emas dan Orang Kurang Upaya (OKU) secara terus ke rumah.

Mekanisme ini akan dilaksanakan secara formal bermula dengan perkhidmatan kebajikan seperti penjagaan warga emas, bantuan bencana…”

Hasil daripada inovasi ini terdapat tiga perkhidmatan bercorak pendampingan sosial iaitu inovasi, kreatif dan dimensi.

Sukarelawan KBDR menemankan salah seorang warga emas mendapatkan rawatan di klinik.

Kejayaan pelaksanaan KBDR ini bermula daripada Strategi Lautan Biru Kabangsaan (NBOS) yang mahukan program yang berteraskan kepada perkhidmatan kesihatan dan sosial secara menyeluruh dengan kerjasama pelbagai pihak samada kerajaan, swasta, NGO’s dan lain-lain dalam konteks (multi-agensi) bagi mengoptimumkan manfaat kepada kumpulan sasar yang memerlukan terutama warga emas, OKU dan ibu tunggal.

Ia seterusnya diperkemaskan dalam Rancangan Malaysia Kesebelan (RMK11) dengan menambah baik persekitaran kehidupan warga emas dan memperkasakan orang kurang upaya.

Belanjawan 2021 pula dibawah matlamat Kesejahteraan Rakyat kerajaan akan terus menjaga keba­jikan golongan warga emas dan OKU melalui program KBDR ini yang memberi manfaatkan kepada lebih 2,000 sukarelawan dan lebih 8,000 warga emas dan OKU.

PROGRAM KHIDMAT BANTU DI RUMAH

OBJEKTIF PROGRAM

  1. Memberi bantuan dan sokongan sosial kepada warga emas dan OKU menjalani kehidupan seha­rian mereka dengan lebih selesa, dihormati dan tidak merasai diri mereka disisihkan.
  2. Memberi bantuan dan sokongan sosial kepada keluarga yang menjaga warga emas dan OKU supaya terus mengambil tanggungjawab menjaga dan melindungi ahli keluarga yang tergolong sebagai warga emas dan OKU.
  3. Menggerakkan peranan masyarakat dalam usaha membantu warga emas dan oku atau keluarga yang menjaga warga emas dan OKU selaras dengan konsep masyarakat penyayang; dan
  4. Menggalakkan warga emas dan OKU terus tinggal di kediaman masing-masing dan hidup dalam suasana kekeluargaan dan masyarakat.

KONSEP, KAEDAH PELAKSANAAN

  1. Program ini merupakan satu program yang memberi khidmat sokongan sosial kepada warga emas dan OKU terutama bagi mereka yang tinggal bersendirian atau bersama ahli keluarga yang memerlukan bantuan dan sokongan sosial.
  2. Bercorak pendampingan sosial (Social Outreach) kepada warga emas atau OKU di mana petugas kbdr mengadakan lawatan ke rumah warga emas atau OKU untuk memberikan perkhidmatan sokongan.
  3. Sukarelawan JKM adalah petugas Program KBDR yang dikendalikan oleh PSK.
  4. Dikendalikan oleh PSK menerusi sukarelawan (petugas) yang dilantik oleh PSK.
  5. Seorang petugas menjaga empat (4) orang klien dengan kekerapan lawatan sebanyak 4 kali sebulan iaitu sekali seminggu bagi setiap minggu berasingan.
  6. Tempoh masa lawatan ke rumah klien sekurang-kurangnya dua (2) jam untuk setiap kali lawatan.

PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN

  1. Menyediakan makanan dan minuman.
  2. Membeli keperluan harian.
  3. Pembersihan diri.
  4. Membasuh pakaian.
  5. Menjadi rakan berbual.
  6. Menyediakan khidmat fisioterapi.
  7. Aktiviti riadah.
  8. Membantu pembayaran bil.
  9. Mengemas rumah.
  10. Menemani ke tempat ibadah.
  11. Membantu mengeluarkan wang di bank.
  12. Membantu ke hospital/klinik.
  13. Bantuan lain yang bersesuaian.

utusan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya