709 bekas pekerja Perwaja Steel dapat pampasan RM8.6 juta - Utusan Malaysia

709 bekas pekerja Perwaja Steel dapat pampasan RM8.6 juta

ISMAIL SABRI YAAKOB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kesemua 709 bekas pekerja Perwaja Steel Sdn. Bhd. akan mendapat pampasan setelah mereka ditamatkan perkhidmatan pada November 2014.

Perkara itu dimaklumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bahawa kes mereka akhirnya selesai selepas lebih tujuh tahun kes mereka dibicarakan di mahkamah.

“Ia diselesaikan dengan pemberian pampasan secara keseluruhan sebanyak RM8.645 juta.

“Penerima pampasan akan menerima cek berjumlah di antara RM3,000 hingga RM21,000,” katanya menerusi Twitter beliau hari ini. 

Sebelum ini, kes penamatan pekerjaan ke atas kakitangan Perwaja Steel Sdn Bhd di bawa ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. 

Kilang syarikat di Kemaman itu menamatkan perkhidmatan pekerja terbabit selepas menamatkan operasinya pada bulan November 2014.

Para pekerja dimaklumkan pada bulan Jun 2014 bahawa syarikat mengalami kegawatan kewangan dan akan menjalankan penyusunan semula operasinya. –UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.